Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Polis Selangor Berjaya Tumpaskan Sindiket Dadah Bernilai Hampir Rm11 Juta

Diterbitkan: 29 Aug 2022 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 29 Ogos 2022 - Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 363.03 kilogram (kg) bernilai RM10.89 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di sekitar Kampung Baru, Ampang dekat sini pada 20 Ogos lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-polis-selangor-berjaya-tumpaskan-sindiket-dadah-bernilai-hampir-rm11-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
Shah Alam, 29 Ogos 2022 - Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah seberat 363.03 kilogram (kg) bernilai RM10.89 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di sekitar Kampung Baru, Ampang dekat sini pada 20 Ogos lepas.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, bertindak atas risikan selama sebulan, polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan itu pada 5.20 petang.

Dato' Arjunaidi berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas 349 bungkusan plastik kekuningan dengan tulisan Quanyinwang disyaki mengandungi syabu seberat 363.03 kg.

“Lanjutan daripada tangkapan dan rampasan itu, pihak kami menahan seorang lagi suspek berusia 51 tahun di lokasi berhampiran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dato' Arjunaidi berkata, dipercayai kedua-dua lelaki tersebut bertindak sebagai "transporter" serta pemantau bagi dadah yang akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan kawasan berhampiran.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyita aset sindiket berkenaan bernilai RM101,373 melibatkan dua buah kereta serta wang tunai berjumlah RM1,373.

Katanya, kedua-dua suspek direman bermula 21 Ogos hingga 2 September depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Selangor dan BERNAMA

Pautan Link: https://www.facebook.com/PolisSelangor/videos/3359860580928535

ArtikelDiterbitkan 29 Aug 2022 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM