Artikel
VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Engku Shazatty atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya anggota dari Bah...
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Engku Shazatty atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Konstabel Azizul Hakim Abd Mutalib yang tampil menghulurkan bantuan mengiringi beliau ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu ketika dalam keadaan kecemasan.
Keprihatinan serta tindakan pantas anggota terbabit menyerlahkan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”, sentiasa hadir ketika diperlukan demi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin.
Inilah wajah sebenar warga PDRM yang berkhidmat dengan penuh amanah, bertindak dengan penuh keikhlasan dan sentiasa berdiri teguh bersama masyarakat, demi keamanan yang dinikmati bersama.
Sumber: TikTok Engku Shazatty
