Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Diterbitkan: 14 May 2026 1.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.53 PM
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Tora_969 atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Cawangan Pengiring Kenderaan Istana Kelantan, Koperal Aminul Shafiq Abdul Murad yang membantu seorang pengguna jalan raya apabila kenderaannya mengalami kerosakan enjin di laluan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm-20260514
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
 
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Tora_969 atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota Cawangan Pengiring Kenderaan Istana Kelantan, Koperal Aminul Shafiq Abdul Murad yang membantu seorang pengguna jalan raya apabila kenderaannya mengalami kerosakan enjin di laluan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anggota berkenaan segera tampil membantu mengalihkan kenderaan tersebut ke lokasi yang lebih selamat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Tindakan pantas dan penuh keprihatinan itu mencerminkan dedikasi warga Sang Saka Biru dalam mengutamakan keselamatan serta kebajikan masyarakat, selaras dengan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Syabas dan terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan demi kesejahteraan rakyat.

Sumber video: TikTok Tora_969

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
ArtikelDiterbitkan 14 May 2026 1.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.53 PM