Artikel
VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
#BiarJasaJadiKenangan Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tadika Khalifah Intelek HQ atas perkongsian video penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (...
Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Tadika Khalifah Intelek HQ atas perkongsian video penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara yang telah meluangkan masa hadir menjayakan program Road Safety Week bersama murid-murid taska.
Menerusi rakaman tersebut, anggota PDRM telah memberikan pendedahan awal berkaitan keselamatan jalan raya di samping memperkenalkan peranan polis kepada murid-murid dalam suasana santai dan interaktif termasuk memberi peluang kepada mereka melihat serta mengenali kenderaan polis dengan lebih dekat.
Keprihatinan serta pendekatan mesra yang ditunjukkan bukan sahaja menceriakan suasana pembelajaran, malah berjaya menarik minat serta keterujaan kanak-kanak sepanjang program berlangsung.
Sumber video: Facebook Khalifah Intelek
