Artikel
VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok hatiminttr atas penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dari Balai Polis Alam Mesra yang te...
Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok hatiminttr atas penghargaan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dari Balai Polis Alam Mesra yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan membantu mengawal lalu lintas akibat daripada kemalangan di Jalan Sulaiman, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.
Walau dibawah terik mentari, anggota polis teguh berdiri mengawal aliran trafik demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, susulan kemalangan melibatkan sebuah lori.
Dengan dedikasi tinggi dan ketabahan luar biasa, anggota terlibat mengawal situasi dengan cekap bagi mengelakkan kesesakan lebih parah serta memastikan laluan kembali lancar.
Sumber: TikTok hatiminttr
