Article
Video Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm 20250604
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok @elenaantohi atas penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia, khususnya kepada Lans Koperal Nik...
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun TikTok @elenaantohi atas penghargaan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia, khususnya kepada Lans Koperal Nik Muhammad Nik Mat, anggota pengiring bermotosikal dari Bahagian Kawalan Keselamatan Istana Negara, Kuala Lumpur
Beliau telah membantu seorang warga emas melintas jalan raya bersama seorang pemandu e-hailing berdekatan Pavilion, baru-baru ini.
Tindakan kecil ini bukan sahaja mencerminkan nilai keprihatinan dan kemanusiaan yang tinggi, malah menggambarkan teras jati diri warga Sang Saka Biru. Meskipun tampak sederhana, ia memberi makna besar kepada insan yang dibantu.
Sumber video: TikTok elenaantohi

