Video Pilihan Penggulungan Belanjawan 2025 Penjelasan Berkenaan Penahanan Kumpulan Gisbh Di Bawah Sosma
Ikuti sedutan rakaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menjelaskan mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia menahan pemimpin dan ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Perkara itu dinyatakan dalam Sesi Penggulungan Belanjawan 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri di Parlimen, petang tadi.
SOSMA dikenakan ke atas 22 pemimpin dan ahli GISBH berdasarkan siasatan di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan kumpulan tersebut dikategorikan sebagai jenayah terancang.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Pautan Live:
https://www.facebook.com/watch/?v=486677524406318