
Article
Video Pilihan Pengarah Jsjk Berucap Pada Persidangan Uncops 2024
New York, 28 Jun 2024 – Persidangan United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2024 berlangsung dengan Ketua Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengar...
New York, 28 Jun 2024 – Persidangan United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2024 berlangsung dengan Ketua Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf menyampaikan ucapan di hadapan ketua delegasi negara asing di UN Plaza, di sini, malam tadi waktu Malaysia.
Dalam persidangan itu juga, Dato’ Sri Ramli memberi tumpuan terhadap pencegahan aktiviti jenayah kompleks sejajar dengan keperluan mendesak untuk menyesuaikan strategi penguatkuasaan undang-undang dengan landskap teknologi dan ancaman keselamatan yang semakin berkembang.
Hadir sama, ACP Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan.
Sumber gambar: Permanent Mission of Malaysia to the United Nations