Article
Video Pilihan Pengarah Jsj Hadir Program Inter Agency Retreat On Cybercrimes Tangani Jenayah Dalam Talian
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menghadiri program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Mult...
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menghadiri program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara iaitu "Inter-Agency Retreat on Cybercrimes" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Dato' Seri Mohd Shuhaily turut berkongsi mengenai aspek pengoperasian, siasatan dan cabaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia dalam usaha membanteras kegiatan jenayah tersebut.
Turut sama hadir sepanjang program tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Seri Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Penolong Pengarah D11, SAC Siti Kamsiah Hassan.
Sementara itu dalam ucapan penutupan oleh Menteri Komunikasi, Tuan Fahmi Fadzil, beliau menekankan mengenai pentingnya untuk semua agensi menggembleng usaha dalam menangani jenayah siber yang semakin membimbangkan.
Hadir sama, Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan barisan pegawai kanan JSJ Bukit Aman.
