Artikel
Video Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Kementerian Keselamatan Awam Republik Rakyat China
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain yang mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Keselamatan Awa...
Ikuti sedutan rakaman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Mohd Suhaily Mohd Zain yang mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Keselamatan Awam, Republik Rakyat China di Beijing, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan mengenai hubungan dua hala dalam usaha menangani jenayah transnasional yang semakin kompleks.
Ia termasuk jalinan kerjasama strategik dalam memperkukuh keupayaan risikan, operasi dan penyiasatan melalui perolehan aset serta teknologi terkini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), JSJ Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7, JSJ Bukit Aman, SAC Mohamad Farouk Eshak dan Urusetia JSJ Bukit Aman, Superintenden Ahmad Amirudin Md Taib.
