Article
Video Pilihan Pdrm Terus Mantapkan Program Community Policing Bersama Masyarakat
Kerjasama erat polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah menerusi inisiatif "community policing" merupakan pelengkap tugas kepolisan selari dengan slogan...
Kerjasama erat polis dan masyarakat dalam membanteras jenayah menerusi inisiatif "community policing" merupakan pelengkap tugas kepolisan selari dengan slogan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'.
Program "community policing" dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kepentingan untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan kawasan sekitar selamat, selain dapat mendidik masyarakat untuk menjadi 'mata dan telinga' kepada pihak polis bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah serta kepentingan awam.
Ia dapat dilihat menerusi usaha berterusan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Polis Daerah (IPD) Kota Bharu yang diketuai oleh Ketua Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kota Bharu, ASP Mohd Hanafi Mohd Yahaya, bertemu penduduk setempat di beberapa kawasan antaranya Pasar Tok Kenali, Pasar Terapong Cerana dan Kampung Lubok Pukol.
