Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Pdrm Manfaat Teknologi Ai Tangani Ancaman Pengganas Timbalan Kpn

Published: 28 Oct 2025 7.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuching, 28 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah ke fasa baharu dalam usaha memerangi keganasan, dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh siasatan, pemulihan dan pemantauan aktiviti ekstremisme di ruang siber.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-pdrm-manfaat-teknologi-ai-tangani-ancaman-pengganas-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:29 MYT


Kuching, 28 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melangkah ke fasa baharu dalam usaha memerangi keganasan, dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh siasatan, pemulihan dan pemantauan aktiviti ekstremisme di ruang siber.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penggunaan AI dilihat sebagai langkah strategik dalam menghadapi ancaman pengganas yang kini semakin beralih ke platform dalam talian.

“Kementerian Dalam Negeri dan PDRM telah melangkah ke fasa baharu untuk mengeksploitasi AI dalam menangani isu pengganasan.

“Banyak lagi jabatan dalam PDRM akan beralih kepada penggunaan AI untuk membantu siasatan, pemulihan dan pemantauan di alam maya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan tertutup mengenai penerbitan buku khas berhubung pencegahan keganasan di sini, malam tadi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2484128

Sumber: Astro AWANI dan BERNAMA

Video Pilihan Pdrm Manfaat Teknologi Ai Tangani Ancaman Pengganas Timbalan Kpn
 
 
 
 
ArticlePublished 28 Oct 2025 7.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM