Article
Video Pilihan Pdrm Labuan Tampil Perarakan Kreatif Semarakkan Sambutan Maulidur Rasul
Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan tampil dengan perarakan yang kreatif bagi mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026M dalam Pertandingan...
Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan tampil dengan perarakan yang kreatif bagi mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1448H/2026M dalam Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.
Mereka mengetengahkan formasi perbarisan yang kemas, diiringi anggota bermotosikal serta sepanduk bercirikan Maulidur Rasul yang dilengkapi elemen pencahayaan menarik. Hasilnya, PDRM Labuan dinobatkan sebagai Johan Perbarisan dan Tempat Ketiga Sepanduk bagi Kategori Pasukan Beruniform.
Penyertaan tersebut bukan sahaja menyerlahkan disiplin dan semangat berpasukan, malah turut menyemarakkan suasana sambutan serta menyuburkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Sumber: TikTok Linda 
