Article
Video Pilihan Pdrm Hulur Bantuan Demi Kelancaran Peperiksaan Spm
Banjir yang melanda Jitra menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra tidak dapat beroperasi seperti biasa. Prihatin dengan situasi itu, pasukan Polis...
Banjir yang melanda Jitra menyebabkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra tidak dapat beroperasi seperti biasa. Prihatin dengan situasi itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim bersama pihak sekolah segera membantu memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke pusat peperiksaan baharu di SMK Bandar Baru Darulaman.
Dengan menggunakan aset pasukan, PDRM memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar sentiasa menjadi keutamaan agar mereka dapat menduduki peperiksaan dengan tenang.
