Artikel
Video Pilihan Pdrm Galak Pelatih Kor Suksis Jadikan Polis Sebagai Kerjaya
Seremban, 16 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menggalakkan para pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) bagi menjadikan bidang...
Seremban, 16 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menggalakkan para pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) bagi menjadikan bidang kepolisan sebagai kerjaya mereka selepas tamat pengajian.
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato' Dr. Mustafa Khan Abdul Samat berkata, pihak polis memerlukan mereka untuk menyertai pasukan keselamatan tersebut selepas mereka menjalani latihan lengkap semasa menjadi Kor SUKSIS.
“Polis memang memerlukan pelatih seperti mereka, ini kerana mereka telah menjalani latihan yang lengkap, kami amat mengalu-alukan penyertaan mereka bagi memartabatkan pusukan polis.
“Pelatih Kor SUKSIS yang berjaya ini bukan sahaja mempunyai disiplin yang tinggi malah telah menyertai pelbagai latihan kepolisan dan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Lantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2021 di Nilai, di sini hari ini.
Sumber: USIMTV dan Utusan Malaysia



