Artikel
Video Pilihan Pameran Dsa Dan Natsec 2024 3 Hari Lagi
Nantikan pameran dwitahunan Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) ASIA 2024 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 (Isnin - K...
Nantikan pameran dwitahunan Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) ASIA 2024 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 Mei 2024 (Isnin - Khamis) di Malaysia International Trade and Exhibition Centre, Kuala Lumpur.
Dengan bertemakan “Building Resilient Nations for the Next Generation”, penganjuran kali ini bakal disertai 1,200 pempamer dengan penglibatan 34 pavilion antarabangsa yang terdiri daripada negara Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pameran ini juga mengumpulkan pemain industri pertahanan dan keselamatan antarabangsa dengan teknologi dan produk terkini.
Semua dijemput hadir dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi https://dsaexhibition.com untuk ikuti pelbagai kandungan menarik sepanjang pameran berlangsung.
Lin Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0qffejK6B59YQq1RGSaDk6kFyPmMRXnxvvSECC92VrjmK8ddj4LVCCrJWrNsxutekl
