Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Op Tutup Khas Di Lpt Perangkap 600 Mat Motor

Diterbitkan: 29 Jun 2020 4.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Temerloh, 29 Jun 2020 - Lebih 600 mat motor terperangkap selepas dua lokasi tumpuan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, diserbu pihak berkuasa melalui Op Tutup Khas, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-op-tutup-khas-di-lpt-perangkap-600-mat-motor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:15 MYT

#PKPP #COVID-19

Temerloh, 29 Jun 2020 - Lebih 600 mat motor terperangkap selepas dua lokasi tumpuan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, diserbu pihak berkuasa melalui Op Tutup Khas, semalam.

Operasi bersepadu selama tiga jam bermula 2 petang itu menyasarkan dua lokasi iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lanchang dan R&R Chenor.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Nadzri Hussain, berkata sebanyak 600 penunggang motosikal diperiksa dengan 358 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan, manakala 20 motosikal disita.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan adalah lesen dan cukai jalan tamat tempoh, serta pengubahsuaian motosikal yang mengundang bahaya kepada penunggang dan pengguna jalan raya lain.

"Paling saya kesal, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kenderaan lain.

"Pada masa sama, tiga penunggang motosikal dikesan berada di bawah pengaruh dadah dan daun ketum, manakala tujuh lagi kesalahan alam sekitar," katanya.

Seramai 12 pegawai dan 52 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam Op Tutup Khas tersebut, dibantu lima daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Dato’ Mohd Nazri berkata, melalui operasi sama pihaknya mengesan ada yang menunggang dengan menunjukkan aksi berbahaya, selain berlumba antara satu sama lain.

Katanya, LPT menjadi laluan popular bagi kumpulan motosikal dari Lembah Kelang yang berkonvoi setiap hujung minggu untuk ke Temerloh dan Kuantan, namun apabila pulang mereka berlumba dan menunjukkan aksi berbahaya.

"Kebanyakan mereka ini anak muda dan kita nasihatkan mereka jika minat berlumba bukan di atas lebuh raya, tetapi hendaklah ke litar Sepang," katanya.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Video Pilihan Op Tutup Khas Di Lpt Perangkap 600 Mat Motor
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/1650808565069297/
ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2020 4.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM