Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Permuafakatan Pdrm Bersama Kpm Tahun 2025

Published: 30 Oct 2025 11.54 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman video Mesyuarat Jawatankuasa Induk Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan KPM bagi menangani isu disiplin, salah laku serta jenayah dalam kalangan murid sekolah di seluruh negara termasuk isu buli di kalangan pelajar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-mesyuarat-jawatankuasa-induk-permuafakatan-pdrm-bersama-kpm-tahun-2025
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:18 MYT


Ikuti sedutan rakaman video Mesyuarat Jawatankuasa Induk Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara PDRM dan KPM bagi menangani isu disiplin, salah laku serta jenayah dalam kalangan murid sekolah di seluruh negara termasuk isu buli di kalangan pelajar.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Azam Ahmad.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah penyelarasan pelaksanaan inisiatif keselamatan sekolah termasuk peranan Pegawai Perhubungan Sekolah, penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta usaha mempertingkat kesedaran undang-undang dan pelaporan kes jenayah di sekolah. Mesyuarat tersebut turut menyentuh berkenaan penelitian data dan trend salah laku disiplin murid serta merangka tindakan pencegahan serta intervensi bersepadu.

ArticlePublished 30 Oct 2025 11.54 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM