Artikel
Video Pilihan Malam Mes Dining Out Timbalan Kpn
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada Timbalan KPN,...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Malam Mes "Dining Out" sempena persaraan beliau yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis yang penuh tradisi kepolisan anjuran Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia itu mengangkat tema "Leadership Defined, Legacy Endures" sebagai simbol penghargaan terhadap 35 tahun perkhidmatan cemerlang Tan Sri Ayob Khan yang dikenali sebagai pemimpin berintegriti, berprinsip dan berani dalam mempertahankan keselamatan negara serta memimpin Pasukan dengan penuh dedikasi.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV