Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Pengarah Serta Pengerusi Perkep Jlog

Diterbitkan: 18 Mar 2026 2.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang kepada penggantinya, CP Redzuan Abd Hamid yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 17 Mac 2026.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-majlis-serah-terima-tugas-dan-paluan-berundur-pengarah-serta-pengerusi-perkep-jlog
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:48 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Gilberd Philip Layang kepada penggantinya, CP Redzuan Abd Hamid yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 17 Mac 2026.

Turut berlangsung dalam majlis yang sama ialah serah terima tugas jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JLog di antara Datin Siti Manau kepada penyandang baharu, Puan Siti Norhaya Shaharul Anuar. Penyerahan tugas tersebut telah disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Paluan Berundur di Dataran Kawad PULAPOL Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan jasa Datuk Gilberd sepanjang hampir 32 tahun dalam Pasukan Sang Saka Biru.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

Video Pilihan Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Pengarah Serta Pengerusi Perkep Jlog
ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2026 2.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM