Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Majlis Penyerahan Kompleks Kem Sultan Nazrin Shah Kepada Pdrm

Published: 05 May 2024 4.51 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Ikuti sedutan rakaman Majlis Penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Auditorium Ibu Pejabat 69 Komando, Ipoh, Perak dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-majlis-penyerahan-kompleks-kem-sultan-nazrin-shah-kepada-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:12 MYT
Ikuti sedutan rakaman Majlis Penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Auditorium Ibu Pejabat 69 Komando, Ipoh, Perak dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Penyerahan kompleks kem bagi urusan pentadbiran dan latihan 69 Komando itu dibuat melalui sesi menandatangani dokumen antara Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya selaku Pegawai Penyerah, Dato' Ir. Hj. Badioezaman Ab Khalik dengan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri selaku Pegawai Menerima, Tuan Ahmad Fuad Apandi.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Majlis Ramah Mesra Raya MADANI bersama Warga 69 Komando di dataran kem berkenaan.

Sumber: TikTok PDRMsia

Video Pilihan Majlis Penyerahan Kompleks Kem Sultan Nazrin Shah Kepada Pdrm
ArticlePublished 05 May 2024 4.51 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM