Article
Video Pilihan Majlis Bacaan Yasin Tahlil Dan Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Ulang...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor pada 21 November 2025.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Tunku Sultan Temenggong, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
