Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Macau Scam Polis Buka 4 865 Kertas Siasatan 2 471 Ditangkap

Published: 09 Oct 2020 2.47 PM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Sebanyak 4,865 kertas siasatan berhubung sindiket Macau Scam dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini. Timbalan Pengarah JSJK, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,471 tangkapan juga telah dibuat dan 1,747 pula telah dituduh di mahkamah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-macau-scam-polis-buka-4-865-kertas-siasatan-2-471-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:00 MYT
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2020 - Sebanyak 4,865 kertas siasatan berhubung sindiket Macau Scam dibuka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun ini.
 
Timbalan Pengarah JSJK, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,471 tangkapan juga telah dibuat dan 1,747 pula telah dituduh di mahkamah.
 
Menurut beliau, modus operandi sindiket masih sama iaitu membuat panggilan telefon yang berpusat di luar negara.
 
"Sindiket ini akan menghubungi mangsa menggunakan nombor 'spoofing' iaitu nombor yang telah diubahsuai menggunakan Voice Over Internet Protocol (VoIP) dan menyamar sebagai pihak berkuasa atau institusi kewangan.
 
Mangsa akan ditakut-takutkan oleh sindiket dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran pinjaman bank atau telah terlibat dengan kes jenayah seperti langgar lari, dadah atau pengubahan wang haram.
 
"Mangsa kemudian diminta memberikan butiran kewangan dan perbankan kepada penyamar dengan alasan untuk tujuan siasatan," katanya kepada Astro AWANI di sini, hari ini.
 
Dalam pada itu, Dato’ Mohd Kamarudin berkata, berdasarkan data, golongan yang sering menjadi sasaran sindiket ini ialah golongan pesara dan mereka yang sudah berusia.
 
"Trend mangsa kebelakangan yang terdedah kepada sindiket ini adalah mereka yang berusia dan pesara kerana mungkin golongan ini kurang terdedah kepada sindiket tersebut.
 
"Golongan muda pula kurang kerana kebanyakan mereka sudah terdedah kepada teknologi ini dan menyedari akan kewujudkan sindiket berkenaan," jelasnya.
 
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengelak golongan berkenaan terbabit dengan jenayah tersebut.
 
"Kita akan berusaha untuk memastikan saluran maklumat berhubung sindiket ini benar-benar sampai dan difahami untuk elak mereka ditipu," ujarnya lagi.

Pautan Video: 
blob:https://www.facebook.com/bf53b17d-ccae-4fe9-a369-6f0a1b405871 
ArticlePublished 09 Oct 2020 2.47 PMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM