Article
Video Pilihan Lima 25 Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Ke Reruai Inovasi Keselamatan Dan Pertahanan
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, meneruskan lawatan ke beberapa reruai pameran inovasi...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, meneruskan lawatan ke beberapa reruai pameran inovasi keselamatan dan pertahanan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang sedang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah.
Turut mengiringi Dato’ Sri Ayob Khan dalam lawatan tersebut ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, SAC Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari serta beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
