Artikel
Video Pilihan Lima 25 Pameran Dwitahunan Teknologi Pertahanan Dan Keselamatan Dunia Rasmi Dibuka Hari Ini
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi, Kedah pada 20 Mei 2025.
Antara simbolik pembukaan pameran tersebut menyaksikan pertunjukan udara penuh mendebarkan oleh pesawat F/A-18D Hornet dan Sukhoi SU-30MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia di ruang udara MIEC dengan ditontoni ribuan pengunjung termasuk delegasi tempatan serta antarabangsa.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Izqhar Zainal Ibidin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopl
