Article
Video Pilihan Lawatan Kebajikan Timbalan Kpn Ke Kontinjen Sarawak
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dengan men...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan dengan menyantuni pesara polis Kontinjen Sarawak sebagai tanda penghargaan Pasukan atas khidmat bakti pesara-pesara polis yang mengorbankan seluruh jiwa raga suatu ketika dahulu, di Kuching, Sarawak.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tadi ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dan KPD Padawan, Superintenden Irwan Hafiz Md Radzi.
