Article
Video Pilihan Kpn Ziarah Jenazah Allahyarham Sarjan Norzaiman Mohd Jaafar
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman h...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman hadir menziarahi jenazah Allahyarham Sarjan Norzaiman Mohd Jaafar bertempat di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
Tan Sri Razarudin turut berkesempatan menyertai solat jenazah di Musolla, Taman Selatan, Presint 20 bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kariah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Tan Sri Razarudin dan isteri turut menyampaikan sumbangan dan kata-kata semangat kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSk1UX5mK/
Sumber: TikTok igrazor
Juruvideo: Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
