Article
Video Pilihan Kpn Tunai Zakat Fitrah 2024 Di Bukit Aman
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah menyempurnakan kewajipan sebagai seorang muslim di bulan Ramadan dengan membayar zakat fitrah mener...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah menyempurnakan kewajipan sebagai seorang muslim di bulan Ramadan dengan membayar zakat fitrah menerusi Koperal Ahmad Fauzi Ahmad Saad dari Cawangan Kesejahteraan Organisasi, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Amil Masjid Bukit Aman, di Lobi Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pagi tadi.
Tan Sri Razarudin yang sebelum itu hadir Majlis Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik tidak sesekali menjadikan kesibukan tugas beliau sebagai penghalang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial
