Article
Video Pilihan Kpn Sempurnakan Pemakaian Beret Dan Sayap Penerjun Kehormat 69 Komando Kepada Tyt Pulau Pinang
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan upacara pemakaian beret dan sayap penerjun kehormat 69 Komando kepad...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyempurnakan upacara pemakaian beret dan sayap penerjun kehormat 69 Komando kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Hj. Abdul Razak di Lapang Sasar Batalion 2, Pasukan Gerakan Am, Kulim, Kedah.
Upacara itu sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Peringkat Kontinjen Pulau Pinang.
Penganugerahan tersebut juga melambangkan pengiktirafan tertinggi Pasukan kepada Tun Dato’ Seri Utama bagi menzahirkan ketaatsetiaan warga Pasukan khususnya Kontinjen Pulau Pinang kepada pemimpin yang disanjung tinggi dan dihormati oleh seluruh warga Pulau Pinang.
Link TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSFes2FdJ/
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial
