Article
Video Pilihan Kpn Sempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Dan Pelantikan Inspektor Kor Suksis Ua Ke 21
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi hadir menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Peny...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi hadir menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Awam (UA) Kali Ke-21 Tahun 2025 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Alor Gajah.
Majlis kali ini menyaksikan seramai 942 pegawai Inspektor Kor SUKSIS daripada 19 UA seluruh negara yang berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang, merangkumi pelbagai jurusan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
