Artikel
Video Pilihan Kpn Sematkan Pangkat Cp Kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menyematkan lencana pangkat Komisioner Polis (CP) kepada Datuk Dennis Lim Kwang Keng dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat KPN, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Kuala Lumpur.
Datuk Dennis Lim Kwang Keng yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dinaikkan pangkat untuk menerajui Polis Kontinjen Pulau Pinang dalam arahan pertukaran yang diumumkan oleh Bukit Aman, baru-baru ini.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Lans Koperal Muhamad Adzha Ahmad Zulkopli

