Article
Video Pilihan Kpn Rasmi Penutupan Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Rmke 13 Tahun 2026
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Di Bawah Rancanga...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemeriksaan Permohonan Projek Di Bawah Rancangan Malaysia Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Tahun 2026 Bagi Projek Fizikal dan Bukan Fizikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bandar Alor Setar, Kedah.
Sesi penggulungan taklimat akhir yang disampaikan oleh Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Muhammad Hanif Othman telah mencapai kata sepakat bagi setiap permohonan projek yang bakal diusulkan kepada Kementerian Dalam Negeri.
Pada RMKe-12 lalu, PDRM telah mendapat kelulusan sebanyak 68 projek yang bernilai RM3.1 bilion meliputi Projek Fizikal dan Bukan Fizikal.
Juruvideo: Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin
