Artikel
Video Pilihan Kpn Penuhi Jemputan Ke Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan Dan Penyerahan Surat Tawaran Plki Ecrl
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi jemputan ke Majlis Peluncuran Peluang Pekerja dan Penyerahan Surat Tawaran...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memenuhi jemputan ke Majlis Peluncuran Peluang Pekerja dan Penyerahan Surat Tawaran Program Latihan Kemahiran Industri (PLKI)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Projek ECRL itu merupakan antara inisiatif infrastruktur berskala besar yang dijangka merubah landskap pengangkutan negara, khususnya di Wilayah Pantai Timur. Fasa O&M yang dijadualkan bermula pada Januari 2027 dijangka mewujudkan lebih 3,200 peluang pekerjaan, dengan 80 peratus daripadanya melibatkan tenaga kerja tempatan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin

