Article
Video Pilihan Kpn Hadir Majlis Apresiasi Pdrm Bersama Rakan Strategik
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Apresiasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Rakan Strategik ya...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Apresiasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Rakan Strategik yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Seramai 77 rakan strategik PDRM menerima Surat Penghargaan yang disampaikan oleh Tan Sri Razarudin kerana telah menjayakan Karnival Pencegahan Jenayah Kolaborasi PDRM bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik Dengan Komuniti Setempat Tahun 2024 yang diadakan di Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras dan Larian Hari Polis "Community Safety Run" sempena sambutan peringatan Hari Polis Ke-217.
Sumber: TikTok PDRMsia
