Article
Video Pilihan Kpn Dan Pucuk Pimpinan Hadir Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kdn
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia menghadiri Perju...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia menghadiri Perjumpaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya pada 19 Februari 2026.
Majlis turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
Program itu sebagai wadah bagi memperkukuh semangat kebersamaan, menyantuni warga kementerian serta menyampaikan amanat kepimpinan tertinggi negara dalam menggerakkan agenda reformasi, pengukuhan keselamatan dalam negara dan pemerkasaan nilai MADANI dalam perkhidmatan awam.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

