Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Ziarah Warga Pasukan Di Selangor

Diterbitkan: 22 Jun 2026 3.20 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.49 PM
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose yang hari ini mengadakan lawatan kebajikan dengan menziarahi dan menyantuni warga pasukan di Selangor yang berdepan masalah kesihatan serta penyakit kronik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-kpn-dan-pengerusi-perkep-malaysia-ziarah-warga-pasukan-di-selangor
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 05:32 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose yang hari ini mengadakan lawatan kebajikan dengan menziarahi dan menyantuni warga pasukan di Selangor yang berdepan masalah kesihatan serta penyakit kronik.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid dan isteri telah menziarahi Koperal Amirul Azizan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang mengalami strok ketika bertugas pada tahun 2023 serta Dhiya Arya Mikayla Muhammad Nur Ikmal, anak kepada Konstabel Muhammad Nur Ikmal Rosdi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang menjalani rawatan akibat kanser otak tahap 2.

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: Lans Koperal Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli

Video Pilihan Kpn Dan Pengerusi Perkep Malaysia Ziarah Warga Pasukan Di Selangor
ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2026 3.20 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.49 PM