Artikel
VIDEO PILIHAN: KPN DAN KEMPIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN BULAN MAC 2026
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengh...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Mac tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya pada 5 Mac 2026.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia itu turut melancarkan Pelan Strategi Pencegahan Rasuah 2025–2029 JIM, sebagai manifestasi komitmen berterusan jabatan itu dalam memperkukuh integriti dan membanteras rasuah secara holistik, selaras dengan aspirasi kerajaan, selain mendengar sesi forum bertajuk “Penghayatan Ramadan: Tadabbur Surah Al-Hujurat”.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSud9x8d5/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV

