Article
Video Pilihan Kpn Bersama Pucuk Pimpinan Hadir Ke Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Pdrm 121125
Sumber: TikTok PDRMsia_Official Juruvideo: PDRM RMPTV
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Anugerah Integriti sempena Sambutan Bulan Integriti PDRM 2025 di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Bertemakan “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”, majlis anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard itu turut menyaksikan penyampaian Anugerah Integriti kepada lapan warga PDRM yang cemerlang serta Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah kepada 41 penerima.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMPTV
