Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Koperasi Pdrm Berhad Catat Untung Rm45 Juta Diiktiraf Koperasi Premier Tahun 2023

Diterbitkan: 01 Jul 2024 6.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pengumuman itu disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-89 KPDRM yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-koperasi-pdrm-berhad-catat-untung-rm45-juta-diiktiraf-koperasi-premier-tahun-2023
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:23 MYT
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain selaku Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRMOfficial) mengumumkan KPDRM berjaya mencatat keuntungan sebelum peruntukan berkanun, zakat dan cukai berjumlah RM45 juta bagi tahun 2023, berbanding RM42.6 juta di tahun sebelumnya, selain diiktiraf sebagai Koperasi Premier 2023.

Pengumuman itu disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-89 KPDRM yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Beliau turut mengumumkan pulangan dividen 5.5 peratus atas modal yuran dan 7.0 peratus atas modal saham, membabitkan pembayaran sebanyak RM32 juta yang akan dikreditkan ke dalam akaun pencarum.

Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

Pautan Video:
https://youtu.be/Rtha2Wng1Rg
Video Pilihan Koperasi Pdrm Berhad Catat Untung Rm45 Juta Diiktiraf Koperasi Premier Tahun 2023
ArtikelDiterbitkan 01 Jul 2024 6.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM