Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Keselamatan Anda Keutamaan Kami

Diterbitkan: 28 Jun 2025 12.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Terima kasih kepada Lans Koperal Mohamad Hafizi Mohd Subre dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan kerana membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan enjin di Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, Kelantan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-keselamatan-anda-keutamaan-kami
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:14 MYT
Terima kasih kepada Lans Koperal Mohamad Hafizi Mohd Subre dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan kerana membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan enjin di Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai, Kelantan semalam.

Beliau bersama dua rakan setugas iaitu Koperal Wan Mohd Faizal Wan Azman dan Lans Koperal Mahamad Shazery Safiq Mahamad Suni, ketika menjalankan rondaan Op Samseng Jalanan, telah terserempak dengan penunggang tersebut dan segera memberikan bantuan dengan menunda motosikal berkenaan ke lokasi yang selamat.

Tindakan tersebut diambil atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan mencerminkan sifat empati yang tinggi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia terhadap masyarakat.

Sumber: Facebook Wan Faizal Wan Azman

Video Pilihan Keselamatan Anda Keutamaan Kami


ArtikelDiterbitkan 28 Jun 2025 12.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM