Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024

Published: 01 Aug 2024 10.57 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ikuti sedutan rakaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mencemar duli dan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Tahun 2024 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 31 Julai 2024.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-istiadat-perbarisan-sempena-sambutan-hari-pahlawan-tahun-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT
Ikuti sedutan rakaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mencemar duli dan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Tahun 2024 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 31 Julai 2024.

Istiadat perbarisan anjuran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkonsepkan statik itu terdiri daripada 700 pegawai dan anggota lain-lain pangkat merupakan gabungan ATM dan PDRM dengan diketuai Leftenan Kolonel Abang Raduan Abang Madihi TUDM. Perbarisan turut disertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Istiadat perbarisan diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri, selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin dan barisan Pengarah PDRM bersama isteri.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

Video Pilihan Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024
ArticlePublished 01 Aug 2024 10.57 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM