Artikel
VIDEO PILIHAN: ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PERAK SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN TAHUN 2023 DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
rakaman Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023
Ikuti sedutan rakaman Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2023 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Turut hadir ke istiadat tersebut Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.
Dalam istiadat yang berlangsung, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.) yang membawa gelaran 'Dato' Seri Panglima' dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Supramaniam Ramasamy yang dianugerahkan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’ Pahlawan’ di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Link TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSNDwU3wx/
Sumber: TikTok PDRMsiaOfficial

