Artikel
Video Pilihan Hari Polis Ke 218 Kpn Sertai Program Menembak Bersama Agensi Sahabat Di Lapang Sasar Briged Tengah
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyertai program menembak tahunan yang berlangsung di Lapang Sasar Briged Tengah,...
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyertai program menembak tahunan yang berlangsung di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Selangor.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din yang mewakili Pemangku Pengarah JSJN, juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.
Program yang menjadi antara acara utama dalam takwim Polis Diraja Malaysia itu turut diserikan dengan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/1033253955574322
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/1033253955574322
