Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Gisbh Pengikut Gisbh Berdepan Denda Rm10 000 Urus Pusat Jagaan Tidak Berdaftar

Diterbitkan: 30 Oct 2024 7.59 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.49 PM
Sumber: Malaysia Gazette
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-gisbh-pengikut-gisbh-berdepan-denda-rm10-000-urus-pusat-jagaan-tidak-berdaftar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:17 MYT
Video Pilihan Gisbh Pengikut Gisbh Berdepan Denda Rm10 000 Urus Pusat Jagaan Tidak Berdaftar
Laman Utama / Artikel / Video Pilihan Gisbh Pengikut Gisbh Berdepan Denda Rm10 000 Urus Pusat Jagaan Tidak Berdaftar
Kembali ke Pustaka
Artikel

Video Pilihan Gisbh Pengikut Gisbh Berdepan Denda Rm10 000 Urus Pusat Jagaan Tidak Berdaftar

Sumber: Malaysia Gazette
[VIDEO PILIHAN] GISBH: PENGIKUT GISBH BERDEPAN DENDA RM10,000 URUS PUSAT JAGAAN TIDAK BERDAFTAR

Klang, 30 Oktober 2024 - Seorang pengikut GISB Holdings Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar di Bandar Bukit Raja, di sini, bulan lalu.
Tertuduh, Mahani Kassim, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid.
Mengikut pertuduhan, wanita tersebut didapati mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar dikenali sebagai Pusat Pertubuhan Kebaikan dan Pendidikan Al-mahabbah, Jalan Zafin SD, Bandar Bukit Raja, di sini, kira-kira jam 6.30 pagi pada 11 September lalu.

Wanita itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jagaan Kanak-kanak 1993 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(2) akta yang sama.
Akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.
Tertuduh juga boleh dikenakan denda tambahan harian tidak melebihi RM1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.

Prosiding itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nadia Syuhada Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Zaim Rosli.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://malaysiagazette.com/.../pengikut-gisbh-berdepan.../

Sumber: Malaysia Gazette

Video Pilihan Gisbh Pengikut Gisbh Berdepan Denda Rm10 000 Urus Pusat Jagaan Tidak Berdaftar
ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2024 7.59 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.49 PM