Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Gisbh Lelaki Ada Kaitan Gisbh Didakwa Amang Seksual Kanak Kanak

Published: 14 Oct 2024 5.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tertuduh, Muhammad Miqdam Muhammad Amir, 24 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon kesnya dibicarakan ketika kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-gisbh-lelaki-ada-kaitan-gisbh-didakwa-amang-seksual-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:32 MYT
Butterworth, 14 Oktober 2024 - Seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Miqdam Muhammad Amir, 24 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon kesnya dibicarakan ketika kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Tertuduh yang ketika itu sebagai seorang warden asrama yang mempunyai hubungan amanah didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh bahagian kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah, Jalan Bagan Buaya, Nibong Tebal dekat sini, kira-kira jam 12 tengah malam pada 11 Julai 2022.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-ada-kaitan-gisbh...

Sumber: Berita Harian

Pautan Video:
Video Pilihan Gisbh Lelaki Ada Kaitan Gisbh Didakwa Amang Seksual Kanak Kanak
https://www.facebook.com/watch/?v=1244606083522393
ArticlePublished 14 Oct 2024 5.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM