Artikel
Video Pilihan Bukit Aman Beku 42 Akaun Bank Sindiket Tawar Kemudahan Bayaran Judi Dalam Talian
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman menumpaskan satu sindik...
Kuala Lumpur, 6 Februari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman menumpaskan satu sindiket yang memberi kemudahan "Payment Gateway" (FPX) kepada puluhan sindiket perjudian dalam talian.
Malah, sindiket sama pernah menjalankan transaksi pembayaran judi dalam talian berjumlah RM576 juta dalam tempoh setahun, selain aktiviti jenayah lain.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, DCP Dato' Mohammed Hasbullah Ali berkata, 10 ahli sindiket termasuk seorang lelaki bergelar Datuk Seri, berusia antara 27 hingga 49 tahun yang menjalankan kegiatan berkenaan sejak pertengahan tahun 2022 ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, antara 28 hingga 31 Januari lalu, dibantu Bahagian Kongsikan Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Pihak AMLA turut membekukan 42 akaun perbankan bernilai lebih RM18 juta yang dipercayai hasil daripada aktiviti perjudian dalam talian.
"Siasatan awal mendapati sindiket sama telah berjaya melakukan transaksi sehingga mencecah kepada RM576 juta setahun hasil daripada kadar perolehan (turnover) pembayaran dan penerimaan hasil aktiviti perjudian.
"Kejayaan tangkapan ini adalah yang pertama dan rampasan terbesar yang pernah dibuat membabitkan sindiket payment gateway (FPX)," katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-beku-42-akaun...
