Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Video Pilihan Bakal Dikenakan Tindakan Akta Sosma Timbulkan Kegusaran Gugat Ketenteraman Awam

Diterbitkan: 02 Sep 2021 3.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Putrajaya, 2 September 2021 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-bakal-dikenakan-tindakan-akta-sosma-timbulkan-kegusaran-gugat-ketenteraman-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:18 MYT
Putrajaya, 2 September 2021 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan itu adalah selari dengan dasar KDN sebagai sebuah kementerian yang ingin memastikan keamanan negara dapat dijaga dengan baik.

"Ada macam-macam jenis manusia, kalau orang nak keluarkan kenyataan yang boleh menghasut, menakut-nakutkan, PDRM boleh ambil tindakan sewajarnya.

"Kalau dia lakukan sesuatu melanggar undang-undang contohnya percetakan juga boleh ambil (tindakan) ikut sudut (perundangan) tersebut.

"Kalau menghasut hingga ada orang rasa tidak selesa dan cuba lari daripada negara, itu sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan gusar, takut boleh ambil tindakan mungkin dalam undang-undang SOSMA," katanya kepada pemberita ketika sidang media khas di Kompleks D, KDN, di sini.

Kenyataan itu dibuat beliau bagi mengulas tindakan akan diambil KDN susulan laporan Metro Ahad berhubung seorang wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur dan mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2021 3.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM