Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Aplikasi Vsp Bantu Polis Cegah Jenayah

Published: 07 Mar 2020 3.24 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai 'mata' dan 'telinga' pihak polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-aplikasi-vsp-bantu-polis-cegah-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai 'mata' dan 'telinga' pihak polis.

Pelaksanaan:

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

Faedah-faedah menggunakan VSP:

1. Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
2. Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.
3. Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

Kesimpulan:

Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.

Jom ikuti video pendek yang disediakan oleh Areyna Joseph tentang pengenalan dan panduan ringkas mengenai aplikasi VSP.

Sumber: Portal Rasmi PDRM

#VideoPilihan
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#07032020

Video Pilihan Aplikasi Vsp Bantu Polis Cegah Jenayah
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/809890006156603/
ArticlePublished 07 Mar 2020 3.24 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM