Artikel
Video Pilihan Anggota Jspt Kl Bantu Tunda Motosikal Alami Kerosakan Enjin
Terima kasih kepada Koperal Mohd Shahir Ismail dan Lans Koperal Mohd Hafizudin Atan dari Unit Kawalan Lalulintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (J...
Terima kasih kepada Koperal Mohd Shahir Ismail dan Lans Koperal Mohd Hafizudin Atan dari Unit Kawalan Lalulintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) yang menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Biarpun sibuk dengan tugas hakiki, namun kerana sifat ehsan sesama manusia, Lans Koperal Mohd Hafizudin membantu menunda motosikal penunggang tersebut, dengan diiringi Koperal Mohd Shahir ke bengkel berdekatan.
Semoga nilai murni kedua-dua anggota itu akan terus menyuntik semangat warga Sang Saka Biru lain dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Syabas dan terima kasih atas dedikasi yang ditunjukkan!
