Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Video Pilihan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar Dikenali Sebagai Tegas Dan Bijak Membuat Keputusan Kpn

Published: 20 Apr 2024 7.29 AM Updated: 15 Aug 2026 8.18 PM
Beliau turut menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang yang tegas dan bijak membuat sebarang keputusan terutama membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/video-pilihan-allahyarham-tun-mohammed-hanif-omar-dikenali-sebagai-tegas-dan-bijak-membuat-keputusan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:07 MYT
Kuala Lumpur, 20 April 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan bekas KPN, Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar satu kehilangan besar dalam bidang kepolisan negara.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang yang tegas dan bijak membuat sebarang keputusan terutama membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kalau yang saya dapat tahu daripada orang lama (bekas polis) Allahyarham memang seorang yang tegas dan bijaksana cekap membuat keputusan dan memberi cadangan baru terutama untuk PDRM dan kerajaan pada masa itu," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Negara.

Sementara itu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengenali Allahyarham sejak bersama-sama menuntut di Universiti Malaya Singapura, turut mengakui Allahyarham merupakan seorang KPN yang berdedikasi.

"Sebagai kawan, sebagai pegawai yang saya kenal, Tun Hanif ini adalah seorang yang berprinsip sewaktu dia menjawat jawatan sebagai KPN.

"Prinsip inilah sangat-sangat diperlukan dan dipraktikkan ketika menjalankan amanah, selain perkhidmatannya diperlukan negara," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://berita.rtm.gov.my/.../tun-hanif-omar-dikenali...

Pauta Video:

https://youtu.be/UZcT0pTYTy8

ArticlePublished 20 Apr 2024 7.29 AMUpdated 15 Aug 2026 8.18 PM